TAOTAUAJER - Ada yang berbeza dengan pemandangan padang pasir Lencois Maranhenses di Brazil. Pelancong pasti tak percaya akan adanya ratusan lagun yang airnya sangat jernih dan muncul di tengah padang pasir.
Sesiapa pun bebas berenang di sana. taman negara yang dilindungi ini terbentang di 4 bandar yakni Humberto de Campos, Primeira Cruz, Santo Amaro dan Barreirinhas. Lencois Maranhenses yang luasnya 1,000 km persegi ini sudah terbentuk ribuan tahun lalu di negara tropika Brazil.
Semasa musim hujan besar-besaran di setiap awal tahun, padang pasir ini mampu menampung hujan sehingga membentuk lagun di tengah padang pasir putih lembut. Air hujan itu akan membentuk lagun berwarna toska tab pantai di antara bukit pasir. Lagun cantik itu dihuni oleh beribu-ribu jenis ikan warna-warni yang berenang bebas. Tetapi ada pemandangan yang berbeza apabila anda berkunjung di musim kemarau. Lagun-lagun itu perlahan menghilang dan menguap. Ketika itu padang pasir kelihatan kering kontang.
Lebih mengagumkan lagi, apabila musim kemarau datang, ikan-ikan masih boleh bertahan di lagun. Selain lagun, ada juga hutan bakau, pokok palma, sisa-sisa pokok kering dan Sungai Preguicas yang menghiasi panorama sekitar Taman Nasional Lencois Maranhenses.
Ada beberapa lagun besar dengan hiasan alam paling cantik di padang pasir ini. Misalnya Blue Lagoon dan Seagull Lagoon. Ramai pelancong dari serata dunia yang tidak mahu ketinggalan sewaktu bercuti di sana dan pastinya berenang di lagun itu. Sebaiknya anda datang ke sana pada bulan Mei-September. Sebab, lagun tersebut akan membentuk sempurna dan anda boleh bebas berenang di sana.
sumber : Detik.travel, amusingplanet
TAOTAUAJER : Subhanallah.. sungguh indah ciptaan mu, tak sangka di padang pasir sebegini pun boleh ada tasik yang wujud. - Koleksi Keindahan Alam
SUBHANALLAH! - Menakjubkan Apabila Padang Pasir Bertemu Pantai (7 GAMBAR) -
SUBHANALLAH! - Keindahan pemandangan paya di pantai East Anglia seperti OTAK! -