TAOTAUAJER - Pastinyer korang sudah baca atau terlihat post-post perkongsian daripada fanpage di facebook yang mengatakan bahawa negeri Johor tukar cuti mingguan kepada hari Jumaat. Di mana cuti mingguan hari Sabtu dan Ahad ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.
Ulasan dari FanPage Kesultanan Johor :
Jangan membuat sebarang spekulasi berkenaan pindaan cuti bagi negeri Johor. Pengumuman di media sosial tidak boleh digunapakai. Tunggu pengumuman dari SUK Johor. Dokumen yang tersebar itu adalah kertas cadangan yang masih dalam proses dan belum diperkenankan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Admin-admin di media sosial diharapkan lebih bertanggungjawab dalam setiap posting. Jangan terlebih bijak dalam menyampaikan infomasi.
SUMBER : FP Kesultanan Johor
TAOTAUAJER : Jadi kesahihan berita negeri Johor tukar cuti mingguan kepada hari
Jumaat masih tidak dapat disahkan sama ada benar atau sebaliknya.