TAOTAUAJER - Aktiviti perburuan adalah satu ancaman yang sangat serius kepada badak sumbu bagi mendapatkan sumbunya. Tidak ramai yang tahu betapa seriusnya masalah kepupusan badak putih pada masa kini. Kini spesis badak putih terancam kepupusan dimana hanya tinggal 8 ekor didunia ini dengan itu pihak berkuasa mengambil tindakan keras dimana menempatkan pasukan anti pemburu bagi menjaga haiwan tersebut.
Empat ekor daripada jumlah ini berada di Ol Pejeta Conservancy yang merupakan pusat pemuliharaan haiwan liar di daerah Laikipia, Kenya.
Pusat ini juga menjadi tempat perlindungan terbesar bagi badak hitam di Afrika Timur.
Bagi melindungi spesis badak putih yang semakin terancam itu, pasukan anti pemburu ditempatkan untuk berkawal selama 24 jam setiap hari bagi menjaga keselamatan spesis tersebut.
Empat ekor badak putih ini diharap mampu membiak sekaligus menyelamatkan spesis ini daripada terus hilang dari muka bumi ini.
TAOTAUAJER : Lihatlah betapa besarnya impak pemburuan haram terdapat spesis haiwan seumpama ini dan amat malanglah generasi masa hadapan jika spesis ini benar-benar pupus dari muka bumi suatu hari nanti. - Koleksi Haiwan