TAOTAUAJER - Jamalul Kiram III indivividu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu dan yang mengarah pencerobohan Lahad Datu dilaporkan meninggal dunia di Filipina. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas pencerobohan Lahad Datu oleh tentera-tentera sulu pada Februari lalu.
Kematian Sultan Sulu Jamalul Kiram III ini dikatakan di sebabkan oleh akibat kegagalan organ. Dan berita tersebut disahkan oleh anak perempuannya, Jacel Kiram yang menyatakan, Jamalul, 75, meninggal dunia pada pukul 4.42 pagi tadi di Pusat Jantung Filipina .
Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata, kehilangan bapanya bukan satu perkara yang sukar untuk diterima keluarga kerana kesemua ahli keluarga Kiram sudah ditanamkan dalam diri bahawa apa yang berlaku adalah kehendak Allah.
Princess Kiram says his father' death strengthen the resolve to repossess Sabah. pic.twitter.com/MvKHFnaKyd
— Perseus Echeminada (@Pecheminada) October 20, 2013
“Kami mengesahkan laporan berita mengenai kematiannya. Pada masa ini, kami tidak dapat mengesahkan perkara itu secara rasmi,” kata Hamza ketika dihubungi berhubung kematian Jamalul seperti yang diumumkan oleh anak perempuannya pada Ahad.
Beliau berkata pasukan keselamatan Malaysia akan terus berjaga-jaga jika berlaku sebarang pencerobohan oleh kumpulan berkenaan.
Jamalul adalah salah seorang daripada ramai waris Kesultanan Sulu yang kini sudah tidak berfungsi lagi dan menuntut Sabah sebagai tanah nenek moyang mereka.
TAOTAUAJER : Sungguh tak sangka, dalam berita pemergian sultan sulu kiram nie puterinya ada pulak pasang niat untuk mendapatkan kembali tanah sabah. Mungkin berita kematiannya hanya pembohongan supaya kerajaan malaysia lekah dgn ancaman dr pengikut kiram ke atas sabah.. - Koleksi LAHAD DATU CRISIS