TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini tao telah paparkan seorang lelaki dari Nepal iaitu Chandra Bahadur Dangi yang di rekodkan sebagai lelaki terpendek di dunia dengan ketinggian 54.6sm pada Febuari 2012. Kini terdapat rekod baru oleh seorang yang lagi pendek juga dari Nepal.
Di Nepal, seorang warga emas sanggup pergi ke Kathmandu bagi menunaikan hasratnya untuk diiktiraf dalam Rekod Dunia Guinness sebagai lelaki paling pendek di dunia.
Master Nau, 73, dari Bhairahawa mempunyai ketinggian 41 sentimeter (sm).
Anak saudaranya, Seema Sheikh berkata, kehadiran Nau disambut meriah media dari pelbagai agensi.
"Master Nau gemar melancong dan suka berkongsi tentang kehidupan hariannya," katanya.
Master Nau, tidak boleh berjalan dan hanya berkerusi roda degan itu dia di nobatkan sebagai orang terpendek dalam kategori "tidak boleh berjalan" dalam Rekod dunia
Dengan itu, Chandra Bahadur Dangi, 74, masih memegang rekod manusia terpendek di dunia dalam kategori 'alih' dengan ketinggian 54.6cm.
TAOTAUAJER : Tak sangka dalam rekod-rekod dah paling pendek ada pulak lagi rekod yang paling pendek. Nasib Master Nau ini tidak boleh berjalan, jikalau tidak memang rekod terbaru la jawabnyer. Walauapepun kini Nau berjaya memperolehi rekod sebagai orang tidak berkemampuan terpendek di dunia. - Koleksi Rekod Dunia