Breaking

Monday, October 14, 2013

INFO! - Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha

TAOTAUAJER - Salamualaikum, selamat hari raya tao ucapkan kepada pembaca semua.. esok nak raya kan, sini tao nak kongsikan pada korang semua panduan untuk solat sunat hari raya Aidil Adha.



(1) Niat:
Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).

(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

سُبْØ­َانَ اللهِ ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ Ùˆَلآ اِÙ„َÙ‡َ اِلاَّ الله ُ Ùˆَالله ُ اَÙƒْبَرُ Ùˆَلاَ Ø­َÙˆْÙ„َ Ùˆَلاَ Ù‚ُÙˆَّØ©َ اِلاَّ بِاللهِ الْعَÙ„ِÙ‰ِّ الْعَظِÙŠْÙ…ِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

(4). Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.

(5). Lakukan rukun, sujud, duduk antara dua sujud seperti solat biasa.

Rakaat kedua:

(1). Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَÙƒْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.

سُبْØ­َانَ اللهِ ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ Ùˆَلآ اِÙ„َÙ‡َ اِلاَّ الله ُ Ùˆَالله ُ اَÙƒْبَرُ Ùˆَلاَ Ø­َÙˆْÙ„َ Ùˆَلاَ Ù‚ُÙˆَّØ©َ اِلاَّ بِاللهِ الْعَÙ„ِÙ‰ِّ الْعَظِÙŠْÙ…ِ 
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

(2). Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.

(3). Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam kedua.

KHUTBAH AIDILADHA
Khatib membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat Haji.

Peringatan:

(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.

(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah ).

(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. ( tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. ( Aidil Fitri dan Aidil Adha )

(e) Tidak disunatkan makan sebelum pergi solat hari raya Aidil Adha (berbeza dengan solat sunat Aidil Fitri - sunat makan terlebih dahulu)




TAOTAUAJER : Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada semua saudara saudari muslim dan tahniah kepada mereka yg melakukan korban pada Aidiladha ini.

Adbox