Aidil Adha merupakan antara hari kebesaran Islam. Pada hari itu, umat Islam akan mengagungkan Allah s. w. t. dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta menegakkan syiar Islam dengan melakukan ibadah korban untuk mendekatkan diri kepada Allah.
AidilAdha juga, mengingatkan kita tentang konsep pengorbanan seorang ayah bersama anaknya dalam melaksanakan perintah Allah s. w. t. Peristiwa Nabi Ibrahim a. s. diuji dengan perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail a. s. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:
Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".Dari ayat-ayat tersebut Allah menceritakan, bagaimana keimanan yang tinggi yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim a.s. dapat melaksanakan perintah Allah, sekalipun terpaksa mengorbankan jiwa anak kesayangannya Ismail a.s.
PENGERTIAN QURBAN
Qurban atau Ud-hiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya. Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
• Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi
keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
• Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.
PENGAGIHAN DAGING KORBAN
Daging korban wajib : Bagi korban wajib, (korban nazar) maka demikian itu wajib disedekahkan semua daging sembelihan itu termasuk kulit dan dagingnya.
Daging korban sunat : para ulama berpendapat bahawa selain daripada sunat dimakan, wajib pula Jika orang yang berkorban itu melambat-lambatkan pembahagian daging korban wajib tersebut sehingga rosak, maka wajib ke atas orang yang berkorban itu bersedekah dengan harga daging itu dan tidaklah wajib dia membeli yang baharu sebagai gantinya kerana telah dikira memadai dengan sembelihan tersebut. Disedekahkan sebahagian daripada daging korban sunat itu dalam keadaan mentah kepada orang-orang fakir atau miskin yang Islam.
Harus bagi orang yang berkorban itu membahagikan daging korbannya kepada tiga bahagian; satu pertiga (1/3) untuk dimakan, satu pertiga (1/3) untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan satu pertiga (1/3) lagi untuk dihadiahkan kepada orang kaya.
SYARAT-SYARAT SAH IBADAT KORBAN
1) Berniat Qurban ketika menyembelih
Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar sepegalah pada 10 zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
2) Penyembelihannya ialah orang Islam
Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang boleh mengurangkan dagingnya.
3) Binatang ternakan yang halal dimakan
Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur. Binatang tersebut adalah seperti berikut:-
• Unta atau yang sejenisnya
• Lembu atau yang sejenisnya
• Kerbau atau yang sejenisnya
• Kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri atau kibasy.
Hendaklah dipastikan bahawa haiwan yang hendak dikorbankan itu adalah jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti tempang, buta, kurus, tanduk patah, telinga , lemah dan penyakit lain.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban : Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak ( kurus ) ~~ ( Hadis riwayat Abu Daud )MESEJ AIDILADHA .......
Aidiladha adalah satu hari perayaan yang agung. Perayaan yang membawa bersama mesej dan pengajaran. Antara pengajaran penting Aidil Adha ini adalah kesatuan umat. Walaupun umat Islam terdiri dari berbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, ia adalah umat yang satu dan yang menyembah Tuhan yang satu.
Firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran, ayat 103:
Yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai".
Jelasnya pengajaran yang dapat kita jadikan iktibar di sebalik Aidiladha ialah peri pentingnya menjaga kesatuan, perpaduan ummah dalam masyarakat di samping kita memahami bahawa manusia itu adalah sama disisi Allah, yang membezakan mereka adalah sifat taqwa yang dimilikinya. Untuk mencapai perpaduan ini perlu ada pengorbanan yang amat besar dari semua pihak serta kerjasama yang berterusan. Ini tidak akan tercapai melainkan dengan ilmu pengetahun yang mendalam dalam semua bidang kehidupan.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahil Hamd.
Kata seorang ulama, Fudhail r.a, "Fikir itu cermin hati, dan dengannya kita melihat segala kebaikan, kesilapan, manfaat dan mudarat dalam perihal kehidupan kita." Mudah-mudahan dengan fikrah pemikiran yang dikongsi kali ini menjadi satu inspirasi hebat buat pembaca untuk memulakan hari-hari mendatang dengan penuh pengharapan kepada reda Allah.
TAOTAUAJER : Jadikan inspirasi kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. menuruti perintah menyembelih Nabi Ismail A.S. sebagai pedoman kita semua. Jihad dalam hidup datang dalam banyak cara mengikut situasi dan peranan kita dalam masyarakat. - Koleksi Artikel Islamiah