Breaking

Saturday, June 15, 2013

WOW! - Lagu Najwa Latif Dinyanyikan Oleh Pelajar Di Amerika [VIDEO]

TAOTAUAJER - Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di American high school Chorus group dari Chariho Regional High School, Rhode Island menyanyikan lagunya dalam Bahasa Malaysia.


Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18, berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas peminat-peminatnya memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman sosial Twitter. Sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan "SAHABAT" dalam Bahasa Malaysia.

“Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube. “Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya. “Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah,” katanya.

Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata. Klip video lagu tersebut telah pun dimuat naik di YouTube dan dalam tempoh seminggu, ia berjaya meraih sebanyak 180,000 jumlah tontonan.

Kalau korang nak tau video ini telah di upload oleh orang malaysia iaitu Ana Najia dimana dia seorang exchange student yang pergi kesana.


Dimana, guru Chorus Ana, Cik Dowding bertanya kepada dia jika mempunyai sebarang lagu dari Malaysia yang saya boleh mengajar kepada pelajar. Lagu yang paling mudah dan bermakna yang dia boleh dapati adalah Sahabat oleh Najwa Latif. Jadi, Ana mengambil keputusan untuk mengajar mereka lagu ini! Ia adalah sukar bagi mereka untuk belajar lagu ini, tetapi kemudian mereka membiasakan diri dengan bahasa dan segala-galanya menjadi lebih mudah.

Berikut adalah video lagu Sahabat nyanyian pelajar di Amerika.



TAOTAUAJER : Kagum jugak la , cos orang putih boleh menyanyikan lagi dalam bahasa malaysia.. buat pengatahuan korang, kalau korang search kat dalam Youtube sebenarnya ada banyak lagi video-video orang putih yang menyanyikan lagu orang melayu. Siap ade sekolah yang mengajar bahasa melayu lagi kat sana. 

Adbox