TAOTAUAJER - Kota Bharu - Cubaan dua lelaki untuk melakukan rompakan di salah sebuah kedai emas di Arked Uda gagal setelah pihak polis berjaya menembak salah seorang daripada mereka. Kejadian ini baru sahaja berlaku pagi tadi. Saksikan video di bawah ini...
Dua penjenayah yang dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, pagi tadi terpaksa berputih mata apabila gagal melarikan emas malah salah seorangnya berjaya ditembak mati oleh anggota polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, seorang penjenayah mengacukan pistol kepada kerani kedai emas manakala seorang lagi mengarahkan dia membuka dulang simpanan emas, kata pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 38.
Katanya, kerani sempat membuka salah satu dulang sebelum penjenayah terbabit dikejutkan dengan kehadiran polis sebelum melarikan diri.
"Mujur mereka tidak sempat melarikan apa-apa kerana polis tiba dengan cepat. Ini kejadian kali pertama yang berlaku di kedai saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.
Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas berusia 32 tahun ditembak di bahagian paha kiri.
"Polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri selain mendapatkan gambarnya melalui kamera litar tertutup (CCTV).Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.
TAOTAUAJER : Itu lah dia... macam tak ada kerja lain selain dari merompak. Kan dah tak pasal-pasal kena tembak. Subhanallah!