Breaking

Sunday, June 9, 2013

BIAR BETUL! - Trend Lelaki Berlipstik Merah Dibawa Oleh G-dragon (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Lipstik merah bukanlah perkara biasa bagi seorang lelaki. Tidak kiralah dimana negara sekali pun, lipstik berwarna merah hanyalah lipstik yang dipakai oleh wanita sebagai sebahagian dari salah satu alat mekap mereka.


Namun, di Korea Selatan, tidak ada apa yang mustahil. Dari menjadikan trend muzik K-Pop sebagai ikutan peminat diseluruh dunia. Kemudian, menukar trend lagi apabila selebriti samada penyanyi mahupun pelakon mempunyai badan yang sasa. Tak cukup disitu, kebanyakan fesyen-fesyen terkini juga dipopularkan dari Korea melalui muzik K-Pop mereka.


Namun, G-Dragon tampil lebih berani apabila dia memakai lipstik berwarna merah sebagai sebahagian dari promosi produk kosmetik, “The Saem”.


Jenama kosmetik “The Saem” telah mengeluarkan produk lipstik terbaru mereka iaitu, global eco red,dengan warna merah rasmi mereka. G-Dragon yang tampil memakai lipstik tersebut membuktikan bahawa lipstik bukanlah terhad untuk wanita sahaja. Dan ya, kami setuju jika anda kata, G-Dragon kelihatan kacak dan cantik memakai lipstik dipadankan dengan spek matanya itu.


TAOTAUAJER : Sebagai wanita, adakah anda setuju jika lelaki menggunakan lipstik sebagai sebahagian dari mekap harian? Adoyai... pelik-pelik jer kat sana, tak lama lagi bakal nampak lar ade orang lelaki yang pakai lipstik kat Malaysia nieh nanti. - Koleksi Pelik Jer!


Adbox