Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » TAUTAK? - Semut Boleh Mengesan Akan Berlakunya Gempa Bumi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Kehadiran gempa bumi hanya boleh kita ketahui apabila kita merasakan gegarannya, tetapi tidak bagi satu ciptaan Allah ini iaitu semut. Dimana kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Jerman mendapati, gempa boleh dirasai lebih awal oleh semut merah hutan.


Penelitian dilakukan Gabriele Berberich dari University Duisburg-Essen di Jerman mendakwa, perilaku semut akan berubah ketika gempa akan berlaku di mana kumpulan semut akan menunjukkan reaksi ‘kegelisahan’ apabila pola kehidupannya terancam.

Beliau mendapati, perubahan akan berlaku pada perilaku semut hasil rangsangan reseptor yang milikinya.

“Ketika gempa akan berlaku, perubahan ketara akan terjadi pada magnet bumi. Semut memiliki reseptor sangat sensitif iaitu reseptor chemoreceptor untuk mengesan karbon dioksida dan reseptor magnetoreceptor sebagai memantau elektromagnet bumi,” katanya.

Menurutnya, dari dua ujian dalam tiga fasa getaran, kesemua semut dari 15 ribu sarang akan bertindak meleraikan sarangnya dengan berpindah ke kawasan lebih selamat.


SUMBER :OurAmazing Planet

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau bukan setakat semut jer boleh meramalkan gempa bumi , di China Anjing digunakan bagi meramal gempa bumi dan manakala di jepun tikus . Ini dimana haiwan tersebut akan berkelakuan luar biasa sebelum gempa bumi akan berlaku. Subhanallah, deria haiwan melampaui batas kita seorang manusia. Tengoklah sekecil-kecil haiwan tetapi ia juga mempunyai kelebihan yang tidak ada pada kita. Dengan itu bukan suka-suka sesuatu itu di jadikan tanpa sebab Allahuakbar!

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post