Breaking

Friday, April 19, 2013

WTF! - Orang Islam Dipersalahkan Atas Serangan Bom Di Boston (2 Gambar)

TAOTAUJAER - Sepertimana yang kita tau baru baru ini telah berlakunya satu insiden dimana dua letupan berlaku di Boston di Massachusetts ketika itu Maraton Antarabangsa berlangsung dan telah mengorbankan tiga orang termasuklah seorang budak lelaki berumur lapan tahun.



Tidak lama selepas berlakunya tragedi 2 letupan di Boston, Amerika Syarikat, media sayap kanan, milik jaringan Zionis Fox News, menyeru supaya semua orang Islam di Amerika Syarikat dibunuh. Erik Rush, seorang penganalisis di Fox News, menyeru seluruh orang Islam dibunuh, dan ini merupakan sebuah kenyataan yang sangat kurang ajar yang dipost melalui Twitter.

Erik Rush, penganalisis dan pengulas di Fox News, nampaknya menyalah dan menuduh ekstremis Islam sebagai dalang disebalik letupan ketika berlangsungnya pesta marathon di Boston. Kejadian itu membunuh sekurang-kurangnya tiga orang awam, dan lebih 100 orang mengalami kecederaan.

Pengguna Twitter lainnya bertanya, "Apakah yang melakukannya sudah pasti muslim?" - Kemudian, Rush menjawab: "Ya, mereka jahat. Mari kita bunuh mereka semua.." Kemudian, Rush menyatakan melalui tweet-nya yang menggunakan kata yang sangat "sarkastik", namun dia telah menghapus kenyataan itu tidak lama kemudian.


Tweet tersebut menarik banyak maklum balas daripada pengguna Twitter yang kebanyakannya melahirkan rasa terkejut dan marah. Rush menerima banyak kritikan dengan serangkaian maklum balas daripada pengguna tweeter lainnya.

Letupan bom di Boston menarik perhatian media antarabangsa. Insiden itu memenuhi halaman depan surat khabar. The Daily Telegraph memilih judul "Bom Pembunuhan Ketika Maraton", sementara The Sun memilih judul, "Marathon Pembunuhan". Pihak berkuasa di Amerika Syarikat menggambarkan insiden itu sebagai satu tindakan pengganas. Meskipun belum mengenal pasti siapa dalang di sebalik letupan itu, Presiden Obama berjanji bahawa mereka yang terlibat dalam pemboman itu "akan merasa hukuman yang berat dan setimpal", ujarnya..

SUMBER : Billyinfo

TAOTAUAJER : Bangang punye botak... senang-senang jer nak tuduh orang islam yang melakukan pengeboman tersebut, entah-entah orang deorang jugak yang buat. Saje jer nak buat konspirasi nak memburukkan nama islam. 

Adbox