Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » TAUTAK? - 10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan Kini
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Sebelum bom atom digugurkan di Hiroshima, bangsa Jepun sangat maju. Selepas dibom, bangsa Jepun terus bangkit. Bangsa Jepun berjiwa kental, rajin dan bersemangat. Sekarang Jepun antara negara maju dalam kelompok lima teratas. Bagaimana jepun boleh terus mencapai kemajuan?


Disini tao nak kongsikan pada korang 10 Sebab Jepun dapat mencapai kemajuan

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

TAOTAUAJER : Inilah yang kita terus terapkan dari kanak-kanak yang di ajarkan di sekolah, dengan itu sistempendidikan kita perlu dikaji dan ikut seperti di jepun. Jika di bandingkan negara kita dan jepun memang jauh sekali perbezaan nyer. Apa yang pertama sekali adalah sikap kita sendiri. Tengok lah sepertimana post sebelum ini tao tunjukkan tentang etika orang jepun di jalan raya nampak macam remeh jer tapi besar kesannya. - Koleksi Info


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post