Bagaimana pula adab mereka ketika berada di atas jalan raya?
Kalau di Malaysia, budaya mengangkat tangan memang sudah lama diaplikasikan oleh pemandu di sini sebagai simbolik untuk ucapan terima kasih sekiranya memberikan laluan di jalan raya.
Selain itu, pemandu di Jepun jarang sekali membunyikan hon kenderaan masing-masing untuk memaki hamun pemandu lain sebaliknya mereka memberikan hon untuk memberi laluan kepada kenderaan yang lain.
Memang sopan-santun dan berbudi bahasa kan mereka.
Melalui video ini ditunjukkan cara pemandu di sana mengucapkan terima kasih di atas kebaikan pemandu lain yang memberi laluan kepada mereka dengan memasang lampu kecemasan sebanyak dua kali.
TAOTAUAJER : Sikap macam nie la yang kita mahukan, kengkadan tao geram jugak ade jer orang masuk simpang tak bagi signal dah la kita mennunggu nak keluar simpang kereta banyak lepas tu dye main masuk jer.. sekurang-kurang nye dah bagi signal nak masuk simpang tu sempat la kita nak keluar. Semoga pemandu di Malaysia dapat mencontohi nilai-nilai budaya yang positif daripada masyarakat Jepun ini. - Koleksi Jepun