Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » WOW! - Lelaki dari India ini Berbaju Emas RM800,000 Sambut 2013 (5 GAMBAR)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Baju emas 2013 buatan India | Sepasukan tukang emas mahir menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013.


Menurut laporan media semalam, sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.
Baju itu didakwa berharga RM800,000.


Akhbar melaporkan, ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu mahukan baju berkenaan dihiasi enam butang kristal Swarovski - sebuah jenama pengeluar barang kemas elit berpangkalan di Austria.


Selain itu, ahli perniagaan terbabit juga mahu melaram dengan seutas tali pinggang emas.

Ahli perniagaan terbabit berkata, dia menganggap pakaian dan tali pinggang itu sebagai satu bentuk pelaburan.

“Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan 10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.


“Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak.

“Tidak timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya.

TAOTAUAJER : Sanggup lelaki ini menghabiskan wang semata-mata membeli baju emas tersebut bagi menyambut tahun baru 2013. Tetapi tao rasa ia amat berisiko disimpan di rumah al-maklumlah harga emas semakin mahal, silap-silap keluar berita lelaki nie dibunuh dalam kes rompakan pulak nanti. Pape pon mungkin ini rekod baju emas tak pernah lagi keluar.


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post