Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » GEMPAR! - VIDEO Kereta JPJ Ditebalikan dan Dibakar kerana Penyebab 11 Kenderaan Kemalangan (8 GAMBAR)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Kereta JPJ ditebalikan dan dibakar kerana penyebab 11 kenderaan Kemalangan | Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.


Difahamkan 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut, dengan tiga daripadanya dirawat di hospital, kerana cedera parah.

Lagi gambar dan video di bawah ini...


Tiada kematian dilaporkan setakat ini.


Gambar sebelum kereta JPJ diterbalikkan dan di bakar

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah “bakar!”

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api. antara yang terlibat 1 kereta JPJ, 1 lori sawit besar, 1 lori tanah, 1 wira, 1 waja, 1 jeep suzuki, 1 kancil, 2 bas & 1 motor.






Saksikan pulak video ini...



SUMBER : I Love Manjung

TAOTAUAJER : Mula-mula terkejut jugak ingatkan kereta JPJ kemalangan , lagi mengejutkan apabila JPJ menyebabkan 11 kenderaan kemalangan dan kenderaan JPJ di tebalikkan di atas kemarahan orang ramai. 
Jika kita mahu rakyat rasional, pelaksana undang-undang sendiri kena berhemah dan menunjukkan contoh yang baik agar ia dapat dicontohi oleh masyarakat secara keseluruhannya. - Koleksi Kemalangan
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post