Breaking

Friday, December 21, 2012

INFO! - PENJELASAN BERKENAAN "BUMI AKAN BERGELAP PADA 23, 24 DAN 25 DISEMBER 2012 (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Pasti ramai yang bertanyakan apa yang sebenarnya berlaku pada 23,24 dan 25 disember 2012 yang menyatakan akan berlakunya "Bumi Akan Bergelap". Angkasa Malaysia telah mengeluarkan satu penjelasan terhadap fenomena tersebut.

ilustrasi gambaran Dark Dust Clouds

Dimana Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ingin membuat pembetulan kenyataan dari sudut sains berhubung dengan blog-blog dan artikel-artikel berkenaan Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012.

Maklumat tersebut adalah seperti berikut:

1. Pada 21 Disember atau tarikh-tarikh berhampiran seperti 23, 24 dan 25 Disember, Bumi, Matahari dan pusat Galaksi kita (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari seperti di rajah di bawah.

2. Berhampiran pusat Galaksi terdapat "Dark Dust Clouds" (awan-awan debu gelap) yang boleh menghalang kita daripada melihat sebahagian Galaksi kita.



Jadi, andaian orang ramai adalah seperti berikut:

- Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari (penjajaran) maka akan berlaku penumpuan daya graviti daripada Bumi, Matahari dan pusat Galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semestar iaitu kiamat!

- Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat Galaksi maka Bumi akan bergelap. Sepertimana yang tao telah buktikan tidak akan berlaku penjajaran alam semestar buat masa terdekat ini. 

Semua andaian di atas adalah tidak benar kerana:

- Pusat Galaksi terlalu jauh dari Bumi dan Matahari (165 quadrillion batu), jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.

- Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita kearah pusat Galaksi bukannya menghalang Matahari daripada dilihat dari Bumi.

- Sememangnya tidak akan berlakunya penjajaran alam semestar

  

Ikuti pembongkaran tidak akan berlakunya penjajaran alam semestar dengan lebih jelas [LINK].

Terdapat juga video You Tube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan; merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012".

SUMBER : Angkasa.gov


TAOTAUAJER : Semoga dengan kenyataan ini dan juga tao telah tambah lagi beberapa gambar bagi memudahkan anda memahami situasi sebenar yang sedang berlaku tentang alam semestar kita. 


Adbox