TAOTAUAJER - Masih ingat Artikel akan berlakunya 3 hari kegelapan bumi apabila berlakunya penjajaran alam semestar ? [LINK] tao juga telah membuat selidikan dan pembongkaran terhadap penyebaran isu tersebut dan ternyata HOAX korang baca pembongkaran tersebut kat sini [LINK]. Kali ini pihak Agensi Angkasa Negara (Angkasa)sendiri mendiri mengeluarkan kenyataan menafikan akan kejadian yang akan berlaku tersebut.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini semalam.
Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.
Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.
Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
“Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi,” menurut agensi itu.
TAOTAUAJER : Perghh.. advance betul siap ade yang kata penumpuan daya graviti yang akan menyebabkan semua planet bakal menarik sesama sendiri dan bakal mengakibatkan kemusnahan alam semestar. Subhanallah kalau ia benar-banar berlaku pasti Maha Dahsyat , sudah siap sediakah kita? Terima kasih pada Angkasa yang mengeluarkan kenyataan akan kejadian ini sebab sebelum ini tao sendiri cari pada laman web yang lain tidak juga jumpa penjelasan yang tepat. - Koleksi Pembongkaran