Breaking

Thursday, November 22, 2012

DAHSYAT! - Enam Perisik Israel Mati Dibunuh, Mayat Perisik Israel Diseret! (7 Gambar)

TAOTAUAJER - Enam lelaki yang didakwa sebagai ‘perisik Israel’ telah dibunuh dan mayat mereka telah diseret di sekitar jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki ketika pengumuman Israel memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan beberapa kawasan wilayah kerana mereka akang melakukan serangan darat.


Mungkin kerana dendam yang amat tinggi kepada puak Israel menyebabkan mereka mengheret mayat-mayat ‘perisik Israel’ yang diikat di belakang motosikal kumpulan lelaki tersebut.



Sebelum dibunuh, nama keenam-enam lelaki tersebut telah dipaparkan di sepanjang jalan raya selepas mereka disoal siasat oleh pegawai keselamatan Hamas tentang siapa yang menjadi ‘pemberi maklumat’ untuk menentukan sasaran serangan yang tepat sehingga mengorbankan 120 nyawa rakyat Palestin.

Kumpulan lelaki bersenjata dan bermotorsikal mengheret mayat perisik tersebut di sepanjang jalan-jalan utama Bandar Gaza sambil melaungkan amaran kepada orang lain yang 'mengkhianati' Palestin..Orang ramai juga dilihat meludah mayat yang diseret tersebut sambil melaungkan ‘Mata! Mata! Mata!’. Untuk memberitahu kepada penduduk sekitar yang mereka berjaya menghapuskan ‘enam jahanam’!






TAOTAUAJER : Ini adalah tindakan balasan yang diambil Hamas dalam menghukum perisik Israel yang membocorkan maklumat rahsia pejuang Palestin sejak ketegangan memuncak beberapa hari lepas dimana pada hari ketujuh serangan tentera Israel 2012 kini yang telah membunuh lebih 120 rakyat Palestin.

Adbox