Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » Alhamdulillah! - Akhirnya Palestine di iktiraf sebagai sebuah Negara
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Berapa ramai kah yang telah syahid dalam perperangan dengan Israel? kini akhirnya Palestine di iktiraf sebagai sebuah Negara...Alhamdulillah!


JERUSALEM: Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.



Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.

Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir. - AP

Negara-negara yang mengundi dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penerimaan Palestin sebagai negara pemerhati dalam PBB.


Hijau Pekat(tengah peta) - Wilayah Palestin
Hijau Cair - Menyokong
Merun - Membantah
Kuning - Berkecuali
Biru - Tidak hadir
Kelabu - Bukan ahli


Keputusan undian semasa persidangan PBB:

1. Antara negara mengundi 'ya' untuk mengiktiraf Negara Palestin, termasuk Arab Saudi, Turki, Syria, Malaysia, Brunei, Mesir, Ireland, India, Indonesia, Thailand, dan 138 negara lain.

2. 41 buah negara yang menolak untuk mengundi (berkecuali); termasuk UK dan Singapura.

3. Manakala negara- negara yang menentang (tidak mengiktiraf) ialah Kanada dan Amerika Syarikat.

Keputusan ini merupakan berita gembira bagi umat Islam dan rakyat Palestin seluruhnya, setelah berpuluh tahun merana dek pencerobohan Israel terhadap tanah Palestin akhirnya ia diiktiraf sebagai sebuah negara.




TAOTAUAJER : Begitu ramai yang syahid akhirnya mereka mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara. Semoga Palestin tidak lagi di bermandi darah, semoga mereka yang syahid bergembira di sana.

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post