Breaking

Friday, October 26, 2012

INFO! - Dapatkan Aplikasi Mengesan Sistem Kamera AES di Android Anda.

TAOTAUAJER - Sibuk kita dengar Sistem Kamera AES yang dipasang sepanjang jalan raya di negara kita. Mungkin ada yang tidak tau lagi apa itu, AES iaitu Automatic Enforcement System atau senang cerita ia adalah satu kamera perangkap laju. Pasti korang tercari-cari sesuatu yang membolehkan korang berwaspada akan kamera AES ini. Tao telah mencuba satu aplikasi yang bagus dan dapat memberi amaran awal apabila kita sudah hampir dengan kamera AES tersebut.


Fakta buat pengetahuan korang 2 hari pertama pemasangan kamera AES ini telah berjaya mengutip 2953 saman dengan berjumlah RM885,600.00. Pasti korang tak nak menjadi dari salah satu saman tersebut di masa hadapan kan!

Kini satu aplikasi yang agak bermanfaat ini di reka oleh rakyat malaysia sendiri yang perihatin akan perkara ini yang membolehkan pengguna mengesan lokasi kamera AES melalui telefon pintar Android. Aplikasi tersebut di namakan "AES DETECTOR"


Bagaimanakah Aplikasi AES DETECTOR ini berfungsi?
  • AES DETECTOR ini akan mengesan lokasi kamera AES apabila korang berada di dalam lingkungan 1000 meter dari lokasi kamera tersebut sewaktu memandu di lebuhraya.
  • Aplikasi ini akan memaparkan lokasi kamera, jarak kamera dan beserta Speed Limit yang patut korang patuhi. 
  • Kemudian apabila kereta yang di pandu korang memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang di pasang Aplikasi ini akan membunyikan signal amaran dan untuk beberapa meter yang berikutnya juga.
  • Untuk memastikan aplikasi ini berfungsi korang harus mengaktifkan GPS di peranti Android korang. Selain itu korang akan di minta untuk install Adobe AIR supaya aplikasi ini dapat berfungsi.
 

Screenshoot yang berjaya tao dapatkan sewaktu menggunakan Aplikasi AES Detector, dimana memaparkan maklumat tentang  lokasi kamera, jarak kamera dan beserta Speed Limit yang patut korang patuhi. 

Bagaimanakah untuk mendapatkan Aplikasi "AES DETECTOR" ?

  • Pertama sekali korang hanya perlu install "AES DETECTOR"
           Muat turun aplikasi di sini (LINK)

  • Kemudian install "Adobe AIR"

  Muat turun aplikasi di sini (LINK)

TAOTAUAJER : Tao sudah cuba aplikasi ini sewaktu pulang ke kampung dan ia amat berkesan, korang juga harus mencuba aplikasi yang bagus ini bagi mengelakkan dari korang di kenakan saman. Apakah pendapat korang yang sudah mencuba aplikasi ini? Ingat jangan kirta memandu berhati-hati di sebabkan oleh Kamera AES ini memandui lah dengan berhati-hati sayangi nyawa korang. Lag-lagi di musim perayaan ini elakkan diri anda dari di saman.

Adbox