Breaking

Friday, September 28, 2012

WTF! - Bintang Pop Jerman Berkahwin Dengan Sebiji Nenas

TAOTAUAJER - Memang gila bintang pop Jerman terkenai ini bertindak pelik kerana melakukan perkara tidak masuk akal selepas mengahwini sebiji nenas miliknya. Bintang pop Jerman, Ramma Damma, menimbulkan kontroversi selepas berkahwin dengan sebiji nenas miliknya di Gretna Green, Scotland.


Difahamkan, Ramma telah membelanjakan RM40 untuk melamar nenas berkenaan yang kemudiannya diberi nama Tippi.

"Kami berseronok sepanjang malam sambil memandu kereta untuk meraikan kebahagian perkahwinan kami, kami tidak berniat untuk kahwin lari," kata bintang pop itu yang dipetik dalam laman Metro.

"Saya amat mencintai Tippi, jadi saya rela mengahwininya. Kami telah berkahwin di Hotel Gretna Green Hall dengan bantuan seorang pakar kahwin Scotland yang berpakaian kilt. Sepanjang kami berada di Scotland, kami makan sepuasnya di pelbagai restoran. Tippi pula berjaya menghabiskan segelas air," katanya lagi.

"Tippi sangat suka menonton filem terutamanya filem-filem yang berunsurkan kemusnahan alam seperti gempa bumi sambil memeluk saya akibat ketakutan,".
SUMBER : Gempak.org


TAOTAUJAER : Makin pelik manusia zaman sekarang ini, adakah patut sebiji nenas pun mahu dijadikan teman hidup. Mungkin itulah yang ada dalam fikiran lelaki penyanyi pop ini. Kalau ye pun cintakan alam sekitar kahwin la dengan benda yang hidup 'manusia'. - Koleksi Pelik dan Unik

Adbox