Breaking

Tuesday, September 18, 2012

PELIK! - Cacing di kahwinkan di Taiwan demi kesedaran alam sekitar

TAOTAUAJER - Aktivis Taiwan mengahwinkan 70 ekor "cacing tanah bertuah" di dalam upacara perkahwinan rumit dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan masalah hakisan tanah. 


Sejumlah 70 cacing tanah dikahwinkan pada majlis perkahwinan besar-besaran di selatan Taiwan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan masalah hakisan tanah, kata pihak penganjur.



Semua cacing tanah itu tiba di Taman Takang di bandar Tainan kelmarin.

Persatuan Pembangunan Komuniti Takang yang menganjurkan perkahwinan tersebut menyatakan, haiwan itu tiba dengan menaiki sebuah kereta yang dihias kain merah untuk disatukan dengan tanah-tanih di taman berkenaan.

"Upacara perkahwinan ini dilakukan menurut budaya tradisional Taiwan," kata ketua kumpulan persatuan itu, Huang Sen-nan.

"Kami mahu meningkatkan kesedaran orang awam berhubung keperluan untuk melindungi tanah tempat kita tinggal," katanya.

Hakisan tanah yang menyebabkan tanah runtuh apabila ribut taufan melanda merupakan antara masalah alam sekitar utama di Taiwan.

Kehadiran cacing tanah itu dapat membantu menghalang hakisan dengan meningkatkan struktur dan aliran air dalam tanah. - AFP                                                                                                                    SUMBER

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau peranan cacing tanah ini sebenarnya telah diketahui sejak dahulu kala. Seorang ahli Yunani, Aristoteles, banyak menaruh perhatian terhadap cacing tanah.  Dengan adanya cacing tanah, kesuburan dan produktiviti tanah akan meningkat. Selain itu cacing tanah juga dapat mening­katkan daya serap air permukaan dengan itu kita perlu sedar bertapa besarnya sumbangan cacing pada kehidupan seharian kita pada masa kini. - Koleksi Pelik dan Unik 

Adbox