Breaking

Saturday, September 22, 2012

SERIUS! - VIDEO Iklan Televisyen Samsung Perlekeh iPhone 5 [VIDEO]

TAOTAUAJER - Nampaknya pergaduhan dan dendam antara dua syarikat pengeluar gadjet yakni Samsung dan Apple semakin hari semakin parah. Kalau sebelum ini samsung telah pun siarkan   iklan poster yang kontroversi perli iPhone "It doesn't take a genius" kali ini samsung lancarkan pula iklan televisyen perlekeh iPhone 5.


Terbaru, ia tampil pula dengan iklan televisyen memperlekehkan Apple dan para peminatnya yang sanggup berkhemah di kawasan kedai yang menjual produk iPhone 5.

Saksikan Video Samsung hentam Aopple di bawah ini...
Samsung boleh dikatakan amat tidak berpuas hati dengan Apple terutama selepas mereka kalah dalam kes saman berkaitan hakcipta yang dibuat Apple di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Mereka kini melancarkan kempen iklan yang menghentam produk Apple secara terang-terangan.

Iklan terbaru itu adalah sambungan kepada kempen iklan “Next Big Thing” yang dimulakan ketika iPhone 4S dilancarkan tahun lalu.

Baru dua hari dimuat naik ke Youtube oleh samsungmobileusa, klip berkenaan telah pun ditonton 3.6 juta kali.

Dalam iklan terbaru berkenaan, sama seperti iklan terdahulu, sekumpulan peminat Apple sedang asyik menanti dan berborak semasa sendiri akan kelebihan iPhone5 sebelum mereka mula terasa teruja apabila melihat ada orang lain menggunakan GS3.

Iklan tersebut juga cuba menzahirkan kononnya iPhone 5 adalah telefon pintar yang sesuai digunakan golongan tua manakala golongan muda menggemari GS3.


SUMBER : mynewshub.my

TAOTAUAJER : Memang merendah dan menghina iPhone 5 betul iklan terbaru tu kan. Tao bangga sekejap  pakai barang samsung..hehe. Ape komen korang tentang Video di atas ni?

Adbox