Breaking

Tuesday, September 25, 2012

OMG! - Model iPhone 5 banyak calar membuatkan pembeli kecewa (10 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ramai pembeli iPhone 5 kecewa setelah memiliki smartphone terbaru Apple tersebut. Macamana tak kecewa, setelah berdiri selama berjam-jam untuk mendapatkan smartphone terbaru tersebut dan mendapati bahawa iPhone yang mereka beli itu sudah tergores dan bercalar semenjak di dalam kotak lagi


Para pembeli yang puas mengeluh tentang goresan terutama dekat penanda antena pada sisi butang atau berada dekat dengan screen.




Seperti yang dikeluarkan dailymail, menurut posting di laman seperti MacRumors, nampak bahawa sebagian besar masalah hanya berlaku pada versi hitam dari iPhone 5.

“iPhone 5 saya tiba hari ini dengan goresan kecil pada sisi kanan. Sepertinya ini terjadi saat mereka meletakkan screen, dan ada goresan kecil di bahagian belakang juga, “tulis seorang mengomen dengan nama spr97ajm di MacRumors.

“Aku tidak akan risau tentang hal itu, tapi itu menunjukkan bahawa lapisannya lembut, dan akan terkelupas perlahan-lahan,” tambahnya.

Pengguna lain forum, Sick Z33 mengatakan bahawa iPhone hitam miliknya juga memiliki beberapa dari goresan.

Beberapa pengguna iPhone membawa ketidakpuasan mereka ke laman sosial Twitter, dan memposting gambar yang menunjukkan goresan pada iPhone baru mereka itu.



Namun muncul juga rumor bahwa kerosakan itu dilakukan dengan sengaja oleh pengguna, kerana mereka ingin menguji daya tahan casing aluminium iPhone 5, dengan menggosokkan kunci dan kad SIM di bahagian belakang model.


Banyak pengguna yang mengecam Apple karana menukar aplikasi Google Maps dengan versi mereka sendiri, sebuah teknologi pemetaan yang disebut IOS 6, yang telah dikritik kerana banyaknya kesalahan dalam penulisan tempat dan landmark.

Adbox