Breaking

Saturday, September 29, 2012

ANEH! - Ular berkepala dua tiada ekor macamana tu? (2 GAMBAR)[VIDEO]

TAOTAUAJER - Seekor ular kecil berkepala dua ditemui oleh sebuah keluarga di rumah mereka di sini, kira-kira tiga minggu lalu. Ular ini sungguh unik kebiasaannya ular bercabang kepala dua ini lain pula ceritanya apabila depan dan belakang ular tersebut adalah kepala.


Agensi berita Fox Carolina melaporkan, ular tersebut mempunyai masing-masing satu kepala yang boleh berfungsi di setiap hujung badan, yang turut dilengkapi dua mata dan lidah.

Saksikan Video di bawah ini...


Menurut agensi berita tersebut, ular kecil itu ditemui oleh beberapa pekerja di rumah Savanna Logan dan adik lelakinya, Preston yang sangat meminati haiwan.


Kedua beradik itu berkata, mereka sering membawa ular yang unik tersebut ke sekolah untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan sejak haiwan itu ditemui.

Jabatan biologi berdekatan Sekolah Tinggi Ware Shoals mendapati, ular berkenaan merupakan sejenis ular tanah yang berkulit kasar.

Ibu kedua beradik itu, Tina Stewart berkata, satu daripada kepala ular itu lebih besar dan mendominasi kepala yang satu lagi, namun kedua-dua kepalanya boleh berfungsi.

“Jika kepala ular yang besar ingin melakukan sesuatu, maka satu lagi kepala akan melakukan perkara bertentangan," katanya.

Meskipun mempunyai dua kepala, ular terbabit yang dikenali dengan nama saintifiknya, Virginia striatula, tidak berbisa dan tidak berbahaya kepada manusia.

Makanan utama ular tersebut adalah cacing tanah dan serangga kecil serta mampu membesar antara 22 sentimeter hingga 35 sentimeter. - AGENSI



TAOTAUAJER : Subhanallah pelik sungguh bukan , ular ini tidak mempunyai ekor dimana kedua-dua hujung ular ini adalah kepala. Ini bermakna ia bukan lah seekor haiwan kerana tiada ekor. Inilah kebesaran mahapencipta dalam mencipta sesuatu yang unik dan tidak tercapai akal kita bagaimana ia boleh terjadi. Pelik bukan!- Koleksi Haiwan berkepala dua
Adbox