Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » WOW! - Jerman perkenal bas 32.6m, terpanjang di dunia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Jerman bakal memperkenalkan bas awam terpanjang di dunia, Autotram Extra Grand 98 kaki (32.6 meter) panjang dan mampu memuatkan 256 penumpang pada satu-satu masa.

Pemandangan dari luar bas terpanjang di dunia yang bakal diperkenalkan di Jerman

Ia akan digunakan mulai Oktober ini selepas tamat ujian keselamatan.
Bas tersebut yang digambarkan sebagai ‘kereta api beroda’ itu diperkenalkan buat pertama kali di bandar Dresden, dijangka dapat memenuhi keperluan sistem pengangkutan awam negara itu.

Rekaan kenderaan yang mempunyai tiga bahagian badan itu mendapat sentuhan hasil kerjasama seorang pereka, Fraunhofer IVI dan Universiti Teknikal Dresden tidak memerlukan sebarang latihan khas untuk pemandu.

Laporan Y! Tech menyebut bahawa kenderaan terbabit turut dikatakan mudah dikendalikan seperti bas biasa dan mengaplikasikan penggunaan sistem komputer Autotram Extra Grand untuk membantu pemandu membelok.

Tujuan utama sistem tersebut digunakan bagi memastikan bahagian belakang bas mengikut tepat bahagian depan dan tengah bas pada setiap masa.

Sebagai tambahan, sistem pengangkutan canggih ini turut menggabungkan teknologi hijau dalam pengendalian enjinnya yang menggunakan gas bagi menggantikan petrol dan enjin elektrik hibrid yang boleh bergerak sejauh lima kilometer atas kuasa bateri.

Perekanya turut mengakui bahawa mereka telah menerima pertanyaan dari bandar-bandar lain di seluruh dunia bagi mendapatkan versi bas mereka sendiri kerana ia pembinaan bas gergasi itu dilihat mampu menjimatkan kos operasi.

Selain itu, bas gergasi itu juga dilihat bergerak di atas jalan raya yang mempunyai pengguna yang ramai berbanding di sistem rel komuter.

sumber : SinarHarian


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post