Breaking

Sunday, August 12, 2012

GEMPAR! - Hujan Meteor Perseids malam Ramadhan 12 & 13 Ogos 2012 (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Mungkin ramai yang tak tau setiap tahun dalam bulan OGOS kita iaitu bumi akan melintasi orbit komet Perseids dimana kita akan dapat tengok serpihan meteor daripada kebanyakan kawasan. Tahun lepas juga pada bulan ramadhan kita dapat saksikannya juga. Dimana Ron Garan berjaya merakamkan meteor Perseids tersebut memasuki atmosfera bumi dari Ruang Angkasa.


Kalau korang nak tau, fenomena ni berlaku setiap jam, dengan sebanyak kira-kira 60 bilangan meteor boleh dilihat dalam masa sejam

Pastinya korang tertanya tanya bilakah Fenomena Hujan Meteor Perseids ini akan berlaku, okay korang ikuti lagi penjelasan lanjut di bawah ini.




Gambar Hujan Meteor Perseids ditangkap dari Ruang Angkasa oleh Ron Garan

Perseids adalah nama bagi batch Meteor tersebut kalau ikut website asal yang menyebarkan info ni, iaitu EarthSky dan Space , benda ni asal dia ialah daripada sebijik komet yang ditemui pada tahun 1862 dan diberikan nama Swift - Turtle.

Perseids adalah butir debu yang terlepas dari ekor Komet yang terbakar di atmosfera. Mereka diberi nama Perseid dari titik di mana mereka datang iaitu dari kumpulan-kumpulan Perseus.

Ini ada video daripada NASA tentang meteor Perseids



Walaupun benda ni akan berlaku setiap jam, korang kena perhatikan betul-betul pada di langin kadang-kadang cahaya tersebut kecil dan malap jer ia bergerak laju sikit jer dari cahaya kapal terbang sebab tahun lepas tao sendiri dapat melihatnya dengan mata kepala tao sendiri.

Cuma korang kena pastikan keadaan sekeliling mesti lah gelap tanpa gangguan cahaya lampu terang seperti lampu jalan.

Website Spacedex memberikan tips untuk kita melihat dengan jelas serpihan meteor Perseids:
  • Jauhhi daripada bandar. 
  • Jauhkan diri dari Pencemaran cahaya yang tinggi di bandar
  • Pandang ke arah timur laut dan pandang separuh ke atas langit


Kedudukan bulan, jupiter dan venus sewaktu Fenomena Hujan Meteor Perseids

klik untuk perbesarkan gambar lebih jelas

Walaupun banyak website mengatakan 12 Ogos adalah waktu terbaik (dia ada pada tiga-tiga malam) untuk tengok Meteor Perseids ni, tapi kita kena ambil kira perbezaan timezone. Selepas convert, tarikh 12 Ogos United States adalah bersamaan dengan

  • 13 Ogos di Malaysia (GMT+8)
  • 13 Ogos di New Zealand (GMT+1

sumber : Spacedex 

Fenomena yang bakal berlaku ini bersamaan hari Ahad malam Isnin 12 dan 13 hb (MALAM INI). Sementara tunggu sahur boleh lah tengok fenomena indah ini. Spacedex juga mengeluarkan kenyataan bahawa waktu sesuai tengok adalah pada jam 11.40 pm - 4.30am. noted tarikh & masa nie yer!


TAOTAUAJER : Maklumat lanjut pasal fenomena ini akan tao cari dan akan tao updateskan buat pembaca semua sebelum menjelang Ramadan. Ikut FB Page TAOTAUAJER untuk mendapatkan maklumat lanjut. Fenomena kali ini nasib baik tao tak terlupa thanks to arcx13.com
Selamat mencuba tengok meteor!


Ramai yang tak tau lagi tentang Fenomena ini SHARE kan pada rakan-rakan anda di Facebook ! 

WOW! - Panorama Hujan Meteor Perseid dr Luar Angkasa bulan Ramadan (3 GAMBAR)HOT!
Adbox