Breaking

Wednesday, August 17, 2011

WOW! - Pemandangan Hujan Meteor Perseid dari Luar Angkasa di bulan Ramadan (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Masihkah anda ingat yang tao paparkan pada post awal Ramadan hari tu tentang MALAM RAMADHAN 2011 bakal INDAH DIHIASI HUJAN METEOR PERSIED Sambut Bulan Puasa 1432H . Hari nieh tao dah jumpa gambar hujan Meteor Persied tersebut.

Photobucket

Seorang angkasawan NASA, Ron Garan benar-benar menggunakan kameranya secara baik ketika mengambil gambar menakjubkan dari sebuah meteor Perseid yang terbakar saat masuk ke atmosfera bumi, melalui tetingkap Stesen Angkasa Antarabangsa pada hari Ahad, selama Fenomena hujan meteor Perseid berlaku .

Lihat gambar Fenomena Fenomena hujan meteor Perseid berlaku dibawah ini.

Angkasawan ini kemudian mencatat foto tersebut ke akaun Twitter-nya, dan menuliskan 'Bagaimana bintang jatuh kelihatan dari luar angkasa'.

Perseids adalah butir debu yang terlepas dari ekor Komet yang terbakar di atmosfera. Mereka diberi nama Perseid dari titik di mana mereka datang iaitu dari kumpulan-kumpulan Perseus.


Photobucket
Klik untuk melihat gambar dengan lebih besar 

Gambar Sebuah Meteor Perseid yang terbakar saat memasuki atmosfera bumi yang diambil dari Stesen Angkasa

Kalau korang nak tau Hujan meteor Perseid tahun 2011 mulai nampak sejak 17 Julai - 24 Ogos dan akan mencapai puncaknya pada tarikh 12-13 Ogos 2011. Pada saat mencapai puncak para pemerhati seharusnya boleh menyaksikan sekurang-kurangnya 100 meteor per jam.

Malangnya, pada tarikh 13 Ogos Bulan sedang mencapai fasa purnama. Ini bermaksud cahaya dari Bulan yang cukup terang akan menghalang pemerhati untuk menyaksikan sebahagian besar meteor yang melintasi langit malam. Sayang sekali.

Photobucket

SUMBER | Dailymail


Bagaimana meteor Perseid kelihatan dari bumi, yang diambil di langit malam di stone dolls di Kuklice, berhampiran bandar timur Kratovo, Macedonia, pada hari Sabtu.

Menarikkan kalau dapat rakamkan hujan Meteor Perseid tersebut kalau ade terakam...cahaya tersebut kecil dan malap jer ia bergerak laju sikit jer dari cahaya kapal terbang .

Pada post yang lepas ade pengomen tao iaitu QUERIDA, mengatakan sempat menyaksikan fenomena tersebut.

Photobucket

Adbox