Breaking

Sunday, July 1, 2012

WOW! - Gambar SUV Proton Yang Bakal Dilancar ? (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sebelum ini kita telah sedia maklum kenderaan terbaru proton iaitu Preve, kali ini kita di kejutkan pula dengan keluaran model SUV dari proton pulak. Dimana buat masa ini sudah tersebarnya bentuk kenderaan SUV keluaran Proton tersebut yang diberi nama Proton MSX.


Apakah ini kenderaan SUV pertama bagi PROTON bakal di keluarkan seperti ini?

Kalau korang nak tau Proton telah mencipta sebuah model kenderaan berkonsepkan SUV sebelum melancarkan Proton Exora yang diberi nama Proton MSX




Memetik laporan IBISWorld (firma penganalisa pasaran), menunjukkan semenjak tahun 2007 permintaan kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) semakin meningkat.

Mungkin itu yang menyebabkan Proton merangka strategi untuk mengeluarkan SUV pertama mereka.

Menurut sumber, penciptaan Proton MSX itu adalah berdasarkan Lotus APX dan mempunyai tujuh tempat duduk.

Memenuhi ciri berprestasi dan berteknologi tinggi, membuatkan kumpulan sasaran pembeli kenderaan itu adalah dari golongan professional dan elit.

Pada masa yang sama, Proton menumpukan enam ciri iaitu gaya, prestasi enjin, teknologi, pemanduan dan pengendalian, kualiti serta keselesaan perjalanan yang pastinya akan menarik minat ahli perniagaan, pemimpin korporat dan selebriti untuk mendapatkannya.

Namun, jika dilihat pada reka bentuk kenderaan itu, ia mirip kepada kenderaan SUV yang sedang berada di pasaran seperti S Porche Cayenne, BMW X6 35i dan Nissan Murano.
sumber : MyNewshub

TAOTAUAJER : Bagus dan Syabas la jika pengeluar proton berani keluarkan SUV kerana bakal melangkah lagi satu tapak kehadapan. Pastinya banyak kritikan bakal di terima, jadikan la segala kritikan itu sebagai batu loncatan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti dan mutu produk.

Adbox