Breaking

Saturday, July 28, 2012

Pembongkaran - Disebalik Misteri Lahar api dari pintu ke alam neraka (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Lahar api yang tiada henti membakar di tengah Gurun Karakum, Terkmenistan ini di kenali sebagai "The Gates of Hell" ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.


Pada pandangan pertama, ia mungkin salah satu dari babak dramatik filem fiksyen sains, tetapi lubang lahar berapi di tengah Gurun Karakum, Terkmenistan sebenarnya disebabkan kesilapan manusia lebih 40 tahun lalu.

Ikuti lagi disebalik misteri terbentuknya Lahar api dari 'pintu ke alam neraka'. 


Selamat datang ke Derweze atau lebih dikenali sebagai 'pintu ke alam neraka'.

Kalau korang nak tau pada 1971 lalu, sekumpulan pakar geologi Kesatuan Soviet melakukan kerja menggerudi dan mengorek ke dalam sebuah gua besar yang penuh dengan sumber gas asli, tetapi terpaksa dihentikan kerana lantainya runtuh dan mewujudkan satu lubang besar bersaiz 70 meter.Gas metana yang beracun turut keluar dari kawah tersebut. 

Kumpulan itu kemudian membakar lubang berkenaan kerana bimbang ia akan mengeluarkan sejenis gas beracun. Ahli geologi mengambil keputusan untuk menyalakan gas tersebut sebagai langkah keselamatan.

Kebakaran lubang gas itu boleh dilihat dari jarak satu kilometer sekitar Derweze .

Pada April 2010, Presiden Terkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedow mengarahkan pihak berkuasa menutup lubang tersebut.






 Sehingga kini, kawah ini menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.


TAOTAUAJER :  Kita tidak dapat membayangkan pintu neraka yang sebenar kerana ia merupakan perihal alam ghaib Walaubagaimanapun yang penting ia sangat dahsyat dan kita perlulah berusahalah untuk menjauhinya. Semoga Allah swt menyelamatkan kita semua dari siksaannya.




Adbox