Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
WOW! - [WATCH] More hot chicks & new rides in Fast & Furious 6.
Home » , , , » WOW! - Kejadian Gerhana Matahari Anulus 20 Mei 2012 (4 GAMBAR)

WOW! - Kejadian Gerhana Matahari Anulus 20 Mei 2012 (4 GAMBAR)

Written By taoslayerz on Sunday, May 20, 2012 | 5:10 PM

TAOTAUAJER - Fenomena Gerhana Matahari Cincin akan berlaku hari ini pada 20 Mei 2012 bersamaan dengan hari ahad. Gerhana Matahari Anulus (Cincin) tersebut dapat dilihat dengan jelas di Sabah dan Sarawak.


Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari.

Nak tau lagi info pasal kejadian Gerhana Matahari Anulus nie? Jom baca lagi di bawah ini...
Satu gerhana anulus mungkin kelihatan seperti gerhana Matahari separa di sebuah rantau yang berjarak beribu-ribu kilometer luasnya.

Gerhana matahari anulus yang akan berlaku pada 20 Mei 2012 (waktu di hemisfera Timur) akan menyebabkan 94 peratus permukaan Matahari dilindungi oleh bulan. Imej ini diambil dari kapal angkasa Hinode milik Jepun ketika kejadian gerhana Matahari Anulus yang berlaku pada 4 Januari 2011.

Satu gerhana Matahari Anulus (gerhana matahari cincin) akan berlaku pada 20 Mei 2012 ini (20 Mei 2012 waktu tempatan di Hemisfera Timur), dengan magnitud 0.9439.Gerhana matahari berlaku apabila Bulan melintasi antara Bumi dan Matahari, dan melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej Matahari dari pencerap yang berada di Bumi.

Fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun , dan bahagian barat Amerika Syarikat dan Kanada. Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque adalah di laluan pusat. Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh 5 minit dan 46.3 saat , dan akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.

Di Malaysia, hanya negeri -negeri yang berada di Malaysia Barat sahaja yang berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa. Ia hanya dapat dilihat dari Sabah, Sarawak, Brunei dan sebahagian Indonesia. Itupun kita tidak akan dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa ini kerana ia dijadualkan akan berlaku ketika matahari sedang terbit pada 21 Mei 2012.

Saksikan imej formasi dimana Gerhana matahari Anulus ini dapat dilihat di malaysia di bawah ini....





Tanda yang di mark dengan warna hijau GE itersebut adalah The Greatest Eclipse.


Ini la Formasi Kejadian Fenomena Gerhana matahari anulus, yang tengah-tengah tu adalah  The Greatest Eclipse.


TAOTAUAJER - Sayang sekali kat semenanjung Malaysia kita tak dapat melihat fenomena Gerhana matahari anulus ini, hanya pada malaysia timur ajer iaitu di sabah dan sarawak...itu pun hanya akan nampak gerhana matahari separa. Tak pe nanti tao carikan Gambar-gambar  fenomena Gerhana matahari anulus 2012 ini.

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
Share this article :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger