TAOTAUAJER - Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam.
Kalau korang nak tau ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.
2- Menara Jam Diraja Mekah merupakan menara tengah yang dibina dalam Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada keempat-empat permukaannya.
5 - Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna.
6 -Terdapat dua lif yang akan membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan kedudukan lima meter ke bawah kedudukan jam
7 - Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion)
TAOTAUAJER : Sebahagian dari Umat Muhammad saw menyatakan: "Menara Jam Tertinggi di Mekah Petanda Kiamat" Sejauh mana benar berita ini sama-samalah kita renungkan.