WOW! - Nak sambung belajar? Jom tengok macam mana cara nak dapatkan biasiswa -
Home » , , , , » Kebenaran Al-Quran - Bahagian Otak Manusia yang Membuat Jahat Ditemui Saintis (3 GAMBAR).

Kebenaran Al-Quran - Bahagian Otak Manusia yang Membuat Jahat Ditemui Saintis (3 GAMBAR).

Written By taoslayerz on Friday, May 25, 2012 | 11:38 AM

TAOTAUAJER - Setiap hari kita sering disarankan agar sentiasa berkelakuan baik, sopan apabila berada di mana-mana tempat. Apabila kita berkelakuan baik, secara tidak langsung kita menggambarkan tentang akhlak kita. Namun percayakah anda, dalam otak kita sebenarnya terdapat satu bahagian yang dinamakan bahagian ‘jahat’ yang mana ia terkandung tingkah laku yang negatif.


Selama ini, para ilmuwan tidak mengetahui di bahagian otak mana pada manusia yang paling bertanggungjawab terhadap sebuah kejahatan atau kebohongan. Orang hanya tahu kalau kejahatan itu muncul dari sebuah ucapan, tapi tidak mengetahui kalau itu ada hubungannya dengan bahagian tertentu dalam otak.

Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di  bahagian depan yang terletak pada ubun-ubun otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray yang paling bertanggung jawab terhadap terjadinya kejahatan.


“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

“Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama,” jelasnya lagi.



Kesimpulan ini, sebenarnya tergolong sangat telat jika dibandingkan dengan apa yang sudah diisyaratkan oleh Allah swt. dalam firman-Nya dalam Al-quran. Bahagian otak tersebut disebut  di dalam al-Quran disebut “Nasiyyahtin kazibatin khati’ah” maksudnya “Ubun-ubun yg membuat dusta dan bersalah”.

Yang mengagumkan adalah bahwa Al-Quran sejak berabad-abad yang lalu telah berbicara tentang fungsi ubun-ubun ini ketika membicarakan Abu Jahl:

Allah swt. berfirman dalam Surah Al-‘Alaq ayat 15 dan 16.
كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعَنْ بِالنَّاصِيَةِ * نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ

“Ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya[1], (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

[1] Maksudnya: memasukkannya ke dalam neraka dengan menarik kepalanya.

Al-Quran memberikan sifat كاذبة خاطئة (mendustakan lagi durhaka). Kenyataan seperti inilah yang ditemukan para ilmuwan pada masa sekarang ini dengan menggunakan pemindaian resonansi magnetik.

Maha Suci Allah Yang telah menyatakan fakta ini yang menunjukkan kemukjizatan Al-Quran yang baru ditemukan pada masa sekarang ini. 

Sumber : keajaibanQURAN

TAOTAUAJERJika benar penemuan ini, ianya adalah ‘i’jaz al-quran’ yang membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran. - Artikel Islamiah
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
KONGSIKAN ARTIKEL INI :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL MENARIK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik 2 kali untuk TUTUP
 
Support : | | | My Ping in TotalPing.com
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger