WASHINGTON, - Memperingati 1000 hari misi Lunar Reconaissance Orbiter (LRO) sejak pelancaran pada 18 Jun 2009 lalu, NASA melancarkan video yang menunjukkan proses evolusi Bulan.
Saksikan video di bawah ini...
Kebanyakan manusia, dari sudut pandang pengamatan di Bumi, menyangka bahawa Bulan selalu nampak sama sepanjang masa. Padahal, Bulan mengalami banyak perubahan dalam "kehidupannya".
Video yang dikeluarkan NASA menunjukkan proses evolusi Bulan yang berlangsung mulai 4.5 bilion tahun yang dalam tempoh masa hanya 3 minit.
Dalam video itu, kelihatan bahawa antara 4,5 - 4,3 bilion tahun yang lalu, benda angkasa raksasa menumbuk kutub Bulan, membentuk South Pole Aitken Basin yang lebarnya 2.500 km dan dalamnya 13 km.
Tergambar juga bahawa pertembungan di angkasa terus terjadi selepasnya. Tempoh 4,1 - 3,8 bilion tahun yang lalu dikenali sebagai Heavy bombardment, dimana banyak objek angkasa menumbuk permukaan.
Video juga menunjukkan adanya proses vulkanisme di Bulan. Selain itu juga proses pembentukan kawah yang terjadi mulai 3,8 bilion tahun yang lalu.
Sebelum nie tao ade terbaca dimana sebelum ini bumi mempunyai 2 bulan dan sekarang kita mempunyai satu bulan di sebabkan bulan-bulan tersebut telah berlanggar dan bercantum. Tapi buat masa ini tao lupa mana sumber tersebut. Kemudian hari kalau tao jumpa tao akan kongsikan bersama dengan korang ^^