Breaking

Sunday, January 8, 2012

Wow! - Jambatan Gantung Tertinggi Dunia di Mexico (5 Gambar)

TAOTAUAJER - Presiden MEXICO Felipe Calderon merasmikan jambatan gantung tertinggi di dunia yang dinamakan Jambatan Baluarte. Jambatan ini merentang di atas jurang di pegunungan Sierra Madre dengan memiliki kedalaman 403 meter.


Pembinaan, oleh TRADECO firma Mexico, memerlukan 103,000 tan simen dan hampir 17,000 tan keluli.

Jambatan ini akan menjadi sebahagian dari jalan lintas baru yang memotong jarak antara Mazatlan di Pantai Pasifik ke Durango di pedalaman Mexico. Kalau korang nak tau tinggi jambatan ini melebihi dari tinggi Menara Eiffel.

"Projek ini akan menyatukan rakyat di sebelah utara Mexico tak seperti sebelumnya," kata Presiden Calderon dalam upacara perasmian pada Khamis 5 Januari 2012 lalu.

Perasmian ini kemudian diiringi anugerah Rekod Dunia Guinness. Jambatan ini rasmi mengalahkan pemegang rekod sebelumnya, Jembatan Millau Viaduct di Prancis.

Jambatan sepanjang 1,124 kilometer ini merupakan bahagian dari perayaan 200 tahun kemerdekaan Mexico dari Spanyol. Jalan lintas baru ini dijangkakan akan dioperasikan tahun ini juga, yang diharapkan dapat mendorong perlacongan dan perdagangan di kawasan itu.

The Baluarte Bridge across the Sierra Madre Occidental mountain range in Mexico.

The Baluarte Bridge across the Sierra Madre Occidental mountain range in Mexico.
sumber gambar: tucsonsentinel.com

Sebelum ada jalan ini, jalur penghubung Mazatlan-Durango dikenal sebagai jalan berliku-liku yang disebut sebagai "Devil's backbone" yang menyiratkan kesulitannya.

Massive: The bridge connects the north-western state of Sinaloa with Durango and Mazatlan at 403 meters or 1,322 feet in height

Selain Baluarte, terdapat lapan jambatan lain yang memiliki ketinggian di atas 300 meter dan 60 terowong. Berkat jalur baru ini, perjalanan antara dua kota ini diperkirakan tinggal menjadi 6 jam perjalanan darat. Lebih jauh, BBC melaporkan, jalur ini menjadi sebuah jalan lintas penghubung pantai Pasifik dan Atlantik.

Giller la tinggi pasti gayat dan semestinyer ade angin lintang kat situ dan sememang nyer merbahaya... kalau dulu "Devil's backbone" yang jambatan nih pulak "Devil's tail" sekali runtuh habis semua yang lalu atas tu...hehe

Photobucket - GAMBAR | "Jiaozhou Bay" Jambatan terpanjang di Dunia 42,4 Km


SUMBER | geo-mexico.com
Adbox