TAOTAUAJER - Sape yang tak kenal dengan Ariel Sharon ? bekas Perdana Menteri Israel yang telah berkhidmat memegang jawatan itu sejak dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Seperti umum mengetahui, kaum Israel terlalu ganas dan selalu bertindak kejam yang telah banyak merosakkan bumi Palestin.
Malah, keganasan mereka semakin berleluasa hingga kini. Di bawah pemerintahan Ariel, dia tidak pernah melenyapkan perkataan zalim, kejam, bunuh dan ganas dari kotak pemikirannya. Pemimpin itu telah banyak melakukan kerosakan dan kezaliman terhadap bumi Palestin.
Ketika ini, Ariel sudah pun menjangkau usia 83 tahun. Tubuhnya terbaring lesu di atas katil tanpa sebarang pergerakan. Hakikatnya, dia masih lagi bernafas, namun, keadaan dirinya tidak ubah seperti mayat hidup yang hanya mempunyai berat badan 15 kilogram sahaja berbanding dahulu yang mempunyai badan gempal. Doktor menjangkakan dia akan terus koma sehingga umur 90 tahun.
Pada mulanya dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem kerana berlaku penyumbatan di bahagian otak yang menyebabkan lumpuh seluruh badan dan akhirnya koma. Namun, keadaannya semakin serius memandangkan badannya kian mereput dan membusuk akibat jangkitan kuman walaupun masih bernyawa.
Dia kemudian dipindahkan ke Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yang membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain.
Menurut para doktor lagi, sekiranya perlu, mereka terpaksa memotong bahagian-bahagian yang mereput untuk mengelakkannya menjadi semakin parah. Dan menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun atau mumia hidup. Hidup terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk!
Setiausaha kepada Ariel pernah mendedahkan, bekas pemimpin itu pernah mengalami mimpi ngeri di setiap malam sebelum dia jatuh koma. Tidur malamnya sering diganggu oleh satu mimpi yang sama.
Dalam mimpi itu Ariel telah bermimpi dia ditangkap oleh penduduk GAZA yang begitu marah dan dendam kepadanya ekoran tindakannya yang angkuh menyerang bumi Palestin. Didalam mimpi itu dia telah diseksa, dirantai tangan dan kakinya kemudian di arak sekeliling bandar GAZA dan di humban kedalam api.
Nauzubillah! Tidak siapa yang dapat memberikan maklumat lanjut mengenai keadaan diri Ariel sekarang. Keadaannya dikatakan dikawal rapi oleh pihak Israel. Namun, gambar-gambar yang memperlihatkan keadaan diri Ariel yang terseksa dan kurus kering tersebar meluas kerana jururawat yang merawat Ariel telah bertindak menangkap gambar bekas pemimpin zalim itu.
Bukan itu sahaja, sebuah muzium di Israel telah bertindak membuat patung lilin yang memakai alat oksigen yang menggambarkan itu adalah diri Ariel. Keadaan dirinya yang diperlihatkan adalah pucat, tidak mampu bergerak mahu pun bertutur. Patung itu direka oleh Noam Braslavsky.
Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah SWT dan musuh islam yang gemar menumpahkan darah.
Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerosakan di seluruh tubuh.
Dialah yang memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon . ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Sewaktu ini ia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui ape yang berlaku di sekelilingnya.
Akhirnya Allah SWT memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah Subhanahu Wata’ala yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup.
Demikianlah, mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.
Benarlah firman Allah SubhanahuWata’ala :

”Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur’an itu benar “(Fushilat:53)
UPDATE : Sehinggakan pada hari kematiannya, bumi seakan menunjukkan ketidak terimaan pengekebumian Ariel Sharon. Dimana sewaktu hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter.
SUBHANALLAH! - Malapetaka Gempa Bumi Semasa Ariel Sharon Di Tanam -
TAOTAUAJER : Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad Shalallahu alaihi wassalam yang berlangsung terus menerus siang dan malam. Akhirnya ia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak dapat menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Semoga kisah ini boleh dijadikan sebagai satu pengajaran kepada orang lain.