Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
Create your own banner at mybannermaker.com! 14/6-14/8
WOW! - Jawab SATU soalan, boleh menang iPhone 5 atau Samsung S4? Serius senang!
Home » , , » Kejam! - Suami Potong Hidung Dan Bibir Isteri

Kejam! - Suami Potong Hidung Dan Bibir Isteri

Written By taoslayerz on Sunday, January 22, 2012 | 2:58 PM

TAOTAUAJER - ISLAMABAD: Seorang lelaki memotong hidung dan bibir isterinya selepas pertengkaran besar mengenai perbuatan si isteri yang banyak menghabiskan masa dengan ibu bapanya.


Ghulam Qadir, 22, yang dikatakan mempunyai hubungan tegang dengan isterinya, Salma, 18, bertindak menoreh muka wanita itu dengan pisau Sabtu lalu di Karhana, kampung terpencil yang terletak kira-kira 475 kilometer ke barat daya Islamabad.

“Ghulam memotong hidung dan bibir isterinya sebelum melarikan diri,” kata Nadir Khan, pegawai pentadbir daerah Musa Khel yang terletak di wilayah Baluchistan.

“Mereka sering bertengkar kerana si isteri lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu bapanya,” kata Nadir. Pasangan itu berkahwin setahun lalu.

Menurut Nadir, pihak berkuasa kini berusaha menangkap Ghulam.

Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani mendesak supaya tindakan diambil terhadap kes itu.

Bagaimanapun, kebanyakan kes membabitkan keganasan terhadap wanita di Pakistan terlepas tanpa sebarang hukuman dikenakan terhadap pesalah.

“Ibu bapa si isteri membawanya ke hospital di Multan dan mangsa dilapor selamat,” kata Penolong Pesuruhjaya di Muhsa Khel, Aftab Hasnain.

Rangkaian televisyen Express menyiarkan rakaman gambar Salma terlantar di hospital dengan hidung dan bibirnya berbalut.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, wanita Pakistan berdepan dengan diskriminasi, termasuk keganasan rumah tangga dan pembunuhan ‘menjaga maruah.’ - AP

sebelum ini juga ade kejadian lebih kurang macam nie dimana Suami potong tangan isteri kerana belajar di kolej. Photobucket


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
Share this article :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger