Breaking

Tuesday, December 13, 2011

GEMPAR! - Lebih Dari 10 Orang Menolong Budak Tersepit Terlanggar Di Bawah SUV



TAOTAUAJER - Masih ingat kejadian anak kecil yue yue yang di gilis kenderaan, dan hampir tidak ada satu pun yang menolongnya, ternyata ada seorang budak yang hampir bernasib sama. Dimana seorang budak di tinggalkan di tepi jalan oleh ibu nya dan tak semena-mena selepas itu dilanggah dengan sebuah kenderaan SUV.

Ikuti penjelasan lanjut kemalangan ini beserta video di bawah ini

Pada pagi 9 Disember di 40 Jalan Hangbiao di kota Wenzhou, seorang budak berlari dan dilanggar dengan kenderaan SUV.

Kemalangan tersebut menjadi parah apabila budak yang dilanggar tersebut tersepit di bawah kenderaan SUV tersebut dan tidak membolehkan kenderaan tersebut bergerak ke hadapan mahupun mengundur, seseorang berteriak "untuk mengangkat kenderaan tersebut itu!"



Segera lebih dari 10 orang yang telah berkumpul di sekitar kenderaan tersebut untuk beramai-ramai mengangkat kenderaan tersebut.


Video di atas telah dilihat lebih dari 460k kali pada Youku bagi video populer laman Cina sejak di upload kemarin.

Kalau mati budak tuh mesti mak nyer menyesal giller , cos tinggalkan anak nyer kat jalan dan tak beberape lama selepas itu anak nyer di langgar kereta.

Berita penuh...

WENZOU, China - Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.

Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya.

Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.

Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.

Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.

Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.

Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.

Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu.

Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan. - Agensi

.
Adbox