Kalau korang nak tau, ketawa ini ade baik dan buruknyer...disini tao nak bagi tau kat korang Fakta tentang ketawa yang tao rasa memang korang tak tau punyer la...
1. Tahukah anda ketawa 100 kali bersamaan 15 minit senam berbasikal. Ketawa dapat meningkatkan kadar jantung dan menggunakan banyak otot dimuka, perut dan diafragma.
2. Selain memulih mood kita, ketawa boleh mengurangkan stress, melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan.
3. Peringkat dua hormon-hormon tekanan, kortisol dan epinefrina yang mana menindas sistem imun badan, sebenarnya akan dijatuhkan selepas satu dos ketawa.
4. Ketawa menyebabkan perubahan positif dalam kimia otak dengan melepaskan endorphins , dan ia membawa lebih oksigen ke dalam badan dengan penarikan nafas lebih dalam.
5. Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan,kebimbangan dan ketegangan.
6. Ketawa menggalakkan tumpuan pada sikap yang baik daripada sikap yang buruk.
7. Antibodi yang paling kuat di badan kite dijumpai di badan apabila kita ketawa sepanjang masa.
Bagi tao dan pengalaman tao sendiri ketawa berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan bagi mereka yang mempunyai asma ( ape itu asma? ) sebab nanti mereka ini boleh di serang asma.
Dan yang pelik tentang tao setelah berlebihan ketawa kadang-kadang akan membuatkan tao tak henti-henti nak ketawa sampai keluar air mata..heee...