Breaking

Monday, September 5, 2011

WOW | Perdana Menteri Angkat Noramfaizul Sebagai Wira Negara


TAOTAUAJER
- Sempena bulan kemerdekkan ke 54 , Kita hendaklah mengambil iktibar dari keberanian Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor dimana kesanggupan beliau mengikuti misi-misi kemanusiaan di negara berisiko tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor sebagai wira negara yang sanggup mengikuti misi-misi kemanusiaan di negara berisiko tinggi.

MALANG TAK BERBAU... foto Noramfaizul yang dirakam rakan media, Bani Amin Ahmad Zabidi, di Mogadishu pada pagi kelmarin, beberapa jam sebelum dia maut dalam insiden tembakan ketika perjalanan pulang ke hotel penginapan.


Noramfaizul, 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Jurukamera TV3
(tercedera)

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun Allahyarham terkorban semasa menjalankan tugas pada misi bantuan kemanusiaan, tragedi itu tidak akan membantutkan usaha-usaha seperti itu ke seluruh dunia.

"Allahyarham wajar dijadikan model, kisah ini perlu dijadikan pendorong semangat kepada kita semua termasuk para wartawan untuk terus bertugas dengan penuh dedikasi," katanya kepada pemberita di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini.

Sebelum itu beliau bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul yang tiba dari Mogadishu, Somalia dengan pesawat TUDM C-130.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, kenderaan yang membawa petugas media yang sedang membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ditembak kumpulan tidak dikenali mengakibatkan Allahyarham maut ekoran cedera parah terkena .

Turut cedera dalam insiden berkenaan ialah jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan. Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah sebuah negara membangun yang paling hadapan menghulurkan bantuan kemanusiaan ke seluruh kawasan konflik di seluruh dunia.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Malaysia tidak akan berhenti menghulurkan bantuan seumpama itu.

"Kejadian yang di luar jangkaan ini tidak akan membuatkan kita berhenti dari meneruskan usaha mulia ini," katanya.

Dalam pada itu, Najib mewakili kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan membantu dengan menanggung perbelanjaan persekolahan dua anak Allahyarham.

"Kita akan bantu perbelanjaan persekolahan anak-anak Allahyarham selepas ini," kata beliau.



Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor

Beliau juga di anggap wira negara serta sanggup mengetepikan seketika urusan keluarga dalam melaksanakan memberi bantuan kepada saudara sesama islam di Somalia.Semoga roh beliau di tempatkan bersama golongan golongan yang sentiasa membantu sesama saudara islam.




Adbox