Breaking

Monday, September 26, 2011

OMG! | Makan katak hidup-hidup untuk ubati sakit perut

TAOTAUAJER - Kebelakangan nih tao asyik post pasal katak jer...hehe. Disini tao nak kongikan pada korang perkara yang akan membuatkan korang berasa geli. Dimana, di China seorang lelaki mengamalkan makan katak hidup-hidup untuk mengubati sakit perut yang di hadapinyer.

Di Wilayah Jianxi, China, Jiang Musheng (66thn) sering merasa sakit perut dan batuk selama bertahun tahun ketika dia masih muda dan berumur 26 tahun.

Jiang pada waktu itu sering mengadu sakit perut ini kepada seorang tabib bernama Yang Dingcai yang kemudian menyarankan dia untuk memakan katak pohon hidup-hidup untuk mengubati penyakitnya tersebut.

Pada walnya, Jiang merasa geli dan jijik untuk memakan katak hidup-hidup tetapi sang tabib yang memperlihatkan kepadanya dengan menelan satu katak hidup-hidup. Lalu Jiang pun mengikutinya dan setelah sebulan melaksanakan nya, sakit perut Jiang betul betul hilang.

Dan kini, itulah yang terdapat dalam menu Jiang setiap hari, iaitu memakan katak hidup hidup dan dia pernah memakan 20 ekor katak hidup dalam sehari.

Bab makan benda pelik-pelik nih korang boleh jugak baca artikel ini OMG! | Video lelaki memakan tikus hidup-hidup .



Photobucket
Adbox