Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » » » » » » » » OMG! | Bayi dua muka di lahirkan di Kashmir
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Wow pelik sungguh dimana di Kashmir seorang bayi telah dilahirkan dengan mempunyai dua muka. Sebelum ini ade jugak banyak kejadian-kejadian pelik yang terjadi contohnye bayi berkepala dua, bayi berkepala katak dan bayi bermata satu.


Ape la nasib bayi nih...kesian tao tengok

RAWALPINDI: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.

Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.

“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.

“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.

Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.

Bayi dua muka dilahirkan di HFH

Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.

Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi


Photobucket - Omg | Bayi mirip katak dilahirkan

Photobucket - WWWOW | Bayi berkepala dua lahir di China

Photobucket - OMG gempar | Bayi bermata satu lahir di India

Photobucket .
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post