TAOTAUAJER - Skunk nih tengah musim kegilaan memakan durian, bersepah pondok-pondok di tepijalan didirikan menjual durian. Sememang nyer berpesta makan durian. Tapi korang tau tak pasal durian termahal didunia?
Tau tak korang terdapat durian yang termahal di dunia dan ianyer berada di Malaysia, dan paling menghangatkan ialah durian ini adalah melalui proses yang agak menjijikkan.
Durian nieh mahal sebab durian yang mahal tersebut dikeluarkan dari perut gajah atau bahasa kasarnye dikeluarkan bersama dengan tahi gajah.
Masyarakat Jakun di hutan-hutan Malaysia akan mengikuti gajah yang baru lepas menelan banyak durian.
Mereka mengambil risiko mengikuti binatang mamalia ini sekurang-kurangnya selama empat jam – tempoh yang diperlukan haiwan itu untuk mencerna durian – sebelum buah yang tak tercerna itu keluar bersama kotoran.
Penasihat Malaysia Nature Society cawangan Johor, Vincent Chow yang mendengar kewujudan durian unik ini dari temannya seorang tauke balak dan penduduk orang asli.
Tauke balak ini selalu menempah durian tahi gajah ini pada Orang Asli selama musim durian.
Kerana stoknya yang sedikit dan sukar didapati, taipan ini sanggup membayar RM1,000 demi memenuhi selera mereka.
“Orang Asli semestinya sanggup mengikuti jejak para gajah kerana mereka tahu akan dibayar mahal,” kata Chor, seperti dimuatkan di New Straits Times, Jumaat 22 Oktober 2010.
“Menurut warga tempatan, bau kotoran gajah seperti teh, tidak busuk seperti haiwan lain.”
Durian yang belum tercerna itu juga dikatakan tidak mengandungi kotoran dan bakteria.
Tauke balak itu mendakwa durian itu akan menjadi makanan pembangkit ghairah seksual – setelah melalui proses pencernaan gajah.
Meski tak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaanya itu, permintaan ‘Durian Tahi Gajah’ semakin tinggi dan harganya terus meningkat.
Amacam.. korang ada bran ?