Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
WOW! - [WATCH] More hot chicks & new rides in Fast & Furious 6.
Home » , , , , , , , , , , , » OMG! | Pelajar UMT Hina Lagu Negaraku, Raja dan PM di Facebook

OMG! | Pelajar UMT Hina Lagu Negaraku, Raja dan PM di Facebook

Written By taoslayerz on Monday, July 11, 2011 | 8:00 PM



Oh! Malaysia Gempar - berani betul apabila ada pelajar UMT Hina Lagu Negaraku, Raja dan PM di Facebook.

sekadar gambar hiasan
comel jer kan budak-budak kecik nyanyi lagu negara ku..hehe

tengok dibawah nie ape yang di tuliskan oleh pelajar UMT ini didalam facebook.

Photobucket
Suka hati jer~

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.

“Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.

“Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Simposium Tahunan UMT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili.

Dr Yahaya berkata penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.

Beliau menyifatkan perkara itu sangat serius dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti dia merupakan mahasiswa UMT.

“Setelah siasatan polis dan jika benar dia pelajar UMT, kita akan serahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin UMT dengan segera untuk diambil tindakan kerana perkara ini (menghina) sangat serius.

“Seseorang pelajar tidak seharusnya melibatkan diri dalam perkara sedemikian. Dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak pada yang lain,” katanya.

Sementara itu, Dr Yahaya berkata simposium tahunan itu disertai lebih 500 peserta termasuk dari luar negara seperti Timur Tengah, Eropah dan negara-negara Asean.

nie sebab takde semangat patriotik la nieh...klu masa ak kedet dlu ingat lagi, pegawai2 mesti tanye...nieh Univ mane nieh..hehee~memalu kan betul !!!



Photobucket
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
Share this article :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger