Breaking

Monday, May 16, 2011

Omg | Kapal Malaysia misi bantuan kemanusiaan ke Palestin Diserang Israel lagi !

Wtf..Kapal bawa bantuan kemanusiaan pon nk kena serang wth, geram pulak tao kat Israel nieh.

KAPAL MV Finch 'The Sprit Of Rachel Corrie', yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana diserang tentera Israel sebentar tadi. Imej menunjukkan kapal itu memulakan perjalanan dari Greek ke Al Arish menerusi lautan Mediterrinean.

KAHERAH | Kapal kargo The Spirit of Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin bersama 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia, dipintas dan ditembak kapal peronda Israel di zon selamat Palestin sebelum dipaksa berundur ke perairan Mesir, kira-kira 1.5 batu nautika dari perairan Gaza jam 6.54 pagi waktu Jordan, hari ini.

Ketika berita ini ditulis, kapal kargo yang turut dinaiki dua warga Ireland, dua warga India dan seorang warga Kanada membawa paip pvc sepanjang 7.5 kilometer bagi membaikpulih dan membina semula sistem pembentungan di Gaza yang terjejas teruk diiringi kapal peronda tentera Mesir ke pelabuhan terdekat yang terletak kira-kira 30 batu nautika dari kawasan itu.

Sebelum itu, kapal kargo misi kemanusiaan tajaan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) itu diarahkan untuk menurunkan sauh di perairan Mesir sambil dikawal dan dipantau kapal peronda tentera laut Israel dan Mesir.

Jurucakap PGPF di Jordan, Tan Sri Samsudin Hitam memaklumkan mengenai insiden itu kepada wartawan Berita Harian yang kini berada di Kaherah untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bagi melaporkan perkembangan mengenai misi kemanusiaan tajaan yayasan itu.

Jurucakap PGPF itu juga mengesahkan kesemua yang berada di atas kapal kargo misi kemanusiaan itu termasuk empat aktivis anti-perang dan tiga wakil media berada dalam keadaan selamat.

"Kapal kargo itu memasuki zon keselamatan Palestin sebelum dipintas dan ditembak serta dipaksa berundur ke perairan Mesir, kira-kira 1.5 batu nautika dari perairan Gaza," katanya.

Sehubungan itu, wartawan akhbar News Straits Times, Iskandar Alang Bendahara yang berada di atas kapal kargo itu berkata, dua kapal peronda Israel melepaskan empat tembakan amaran sebelum mengarahkan kapal itu berundur ke perairan Mesir.

Kapal kargo itu berlepas dari bandar pelabuhan Piraeus, Greece, Rabu lalu, membawa paip PVC seberat 30 tan yang akan disalur kepada penduduk Palestin untuk membina dan membaik pulih sistem pembentungan dan bekalan air di Gaza yang musnah teruk akibat serangan Israel pada Disember 2008 di mana paip PVC itu hanya boleh digunakan untuk kegunaan saluran bekalan air atau sistem pembentungan saja.

Misi bantuan kemanusiaan PGPF itu bertujuan memecahkan kepungan Israel ke atas perairan Gaza sejak 2007, selain bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap krisis kemanusiaan yang menimpa 1.5 juta warga Palestin yang dikepung dari darat dan laut oleh rejim zionis.

Kapal itu dikemudikan rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor yang dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad (Malaysia), Mohd Jaffery Ariffin (Malaysia) dan dua warga India, Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.

Photobucket
Adbox