Breaking

Saturday, May 14, 2011

AWAS | HUJAN ASID DI KUALA LUMPUR

Hangat diperkatakan perbuatan menyimbah cecair asid semakin menjadi-jadi di sekirar kuala lumpur. Stakat ini sudah 24 orang menjadi mangsa simbahan asid. Yang paling terbaru mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju.

Dalam kejadian pada 13 May pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal.

Pihak berkuasa polis telah mengeluarkan gambaran suspek yang bertindak menyimbah asid

Ape ke jadahnyer mamat nieh main simbah-simbah asid

Fakta yang perlu ketahui mengenai kes disimbah asid yang makin berleluasa berlaku di Kuala Lumpur sekarang

  • Dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa. Seorang daripada mereka berketurunan India.
  • Seorang wanita kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah asid di hadapan rumah mereka di Persiaran Titiwangsa .
  • Sebelum itu, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.
  • Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.
  • Mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.
  • 10 kes simbah cecair dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah Daerah Brickfields sehingga Mac
  • Dua suspek berketurunan India bermotosikal, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Ape nak jadi la sekarang, jenayah berleluasa, dunia semakin tidak selamat tak kes bunuh - kes rogol la...ragut la nie pulak kes simbah-simbah asid.

Pendapat tao..kalau tao nampak asenyer cam nak tembak jer terus orang yang tengah simbah or cubaan lari selepas simbah asid toh, langsung mati kat situ jugak.

p/s: dinasihatkan sentiasa la bawa sebotol air, untuk ape?? haaa, klu terkena boleh terus simbah dengan air.


Photobucket
SUMBER |www.tv3.com.my , syazwani30.blogspot.com

Adbox