Dipercayai pegawai terbabit kembali ke pejabat SPRM tersebut untuk menemui pegawai penyiasat bagi kesnya.
Ceritanya:
Sarbani datang ke SPRM untuk kes soal siasat melibatkan Operasi 3B, Kesalahan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai penyiasat berkenaan meminta pegawai kastam berkenaan tunggu sebentar sementara dia mengambil fail kes.
Bangunan tingkat satu di mana mayat Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed,56, ditemui selepas dipercayai membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Pegawai penyiasat terbabit memintanya menunggu sebelum beredar untuk mengambil fail kes berkenaan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai penyiasat berkenaan meminta pegawai kastam berkenaan tunggu sebentar sementara dia mengambil fail kes.
"Apabila dia kembali, beliau dapati pegawai kastam itu hilang," tambahnya.
Lokasi di mana Penolong Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed,56, yang dipercayai terjun membunuh diri setelah ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Lokasi tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mana mayat Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed,56, ditemui di gelanggang badminton di sini hari ini.
Mayat Penolong Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Jalan Cheras untuk bedah siasat.
Motosikal milik Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed,56, yang ditemui di tempat letak kenderaan di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan Jalan Cochrane.
Menurutnya, mayat pengawai kastam itu ditemui di tungkat bawah banggunan tersebut pada jam 10.15 pagi.
Laporan Akhbar semalam
Mahkamah melepaskan pegawai kanan kastam tanpa syarat
KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkan supaya pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang direman selama lapan hari sejak minggu lalu berhubung siasatan kes rasuah dilepas tanpa syarat.
Majistret Nordiana Abdul Aziz semasa mengeluarkan perintah tersebut memberitahu, pegawai kanan bergelar Datuk yang berumur dalam lingkungan 50-an itu juga dilepas tanpa perlu jaminan.
Peguam yang mewakili pegawai kanan tersebut, Mohamad Sazali Abdul Aziz ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, siasatan yang dilakukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah selesai.
Kosmo! pada 30 Mac lalu melaporkan dua pegawai kanan KDRM yang merupakan pasangan suami isteri ditahan SPRM dalam satu operasi besar-besaran di kawasan Pantai Timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
Apakah konspirasi disebalik kejadian ini? Dulu pon pnh terjadi macam nie kan..
SUMBER | KOSMO!, Bernama