Breaking

Tuesday, April 12, 2011

Gempar | Heli Timbalan Perdana Menteri terhempas di Sibu & Juruterbang meninggal [UPDATES]

Gempar ...Helikopter terhempas ketika mendarat selepas hantar rombongan TPM di Sibu.

Sebuah helikopter yang baru menghantar anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terhempas ketika hendak mendarat di padang berhampiran Wisma Sanyan, di sini kira-kira jam 2 petang tadi.

Juruterbang pesawat itu cedera ringan.

Helikopter milik Sabah Air itu dipercayai terhempas akibat angin kencang.

Lokasi kemalangan

Menurut OCPD ACP Shafie Ismail, peristiwa itu berlaku di 13:50 selepas helikopter tersebut mengeluarkan semua penumpang di alun-alun kota Sibu.

"Helikopter itu ingin terbang kembali ke lapangan terbang untuk parkir, (tetapi) kemudian jatuh dalam sekitar 10 meter di atas tanah."

Sebelum kejadian, ada tiga helikopter yang membawa rombongan DPM kembali dari Bintangor ke Sibu. Dua di antaranya adalah milik Hornbill Skyways. Helikopter yang jatuh milik Sabah Air.

Hal ini diyakini kemalangan itu berlaku akibat hujan lebat di Sibu pada saat itu.

Kini - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abd Rahman, sebentar tadi tiba di Hospital Sibu untuk mengetahui perkembangan terkini juruterbang helikopter Sabah Air, Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang cedera selepas terhempas di Dataran Sibu jam 1.50 petang tadi.

Sahaimi yang berasal dari Selangor mengalami kecederaan serius di bahagian paru-paru kanan dan hati akibat kesan hentakan.

Anda Juga boleh lihat video tersebut



Al-fatihah untuk juruterbang helikopter Sabah Air, Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang meninggal dunia di Hospital Sibu jam 8.30 11 April 2011 , selepas terhempas di Dataran Sibu jam 1.50 petang tadi.
Sahaimi yang berasal dari Selangor mengalami kecederaan serius di bahagian paru-paru kanan dan hati akibat kesan hentakan yang dialaminya.

Photobucket
SUMBER | BERITA HARIAN ONLINE
Adbox