Breaking

Sunday, April 3, 2011

Gempar | Raksasa di rakam di Pelabuhan Sydney

TAOTAUAJER | SYDNEY - apabila seekor raksasa seperti di Loch Ness dirakamkan di dalam kawasan perairan dekat dengan sebuah jambatan di Sydney, sejumlah penduduk berada dalam ketakutan ekoran kejadian tersebut.

Adakah ini benar ataupun sekadar Hoax??

Menurut seorang pegawai polis, Harvey Edison, talian telefon di kebanyakan balai polis tempatan sesak dengan panggilan orang ramai yang memberitahu kewujudan makhluk ganjil itu kelmarin.

Menurutnya, laporan awal mengenai raksasa itu datang daripada orang ramai yang menaiki kapal pesiaran, feri dan bot di Pelabuhan Sydney.

Edison berkata, semua rakaman video dan gambar yang menyiarkan kelibat raksasa itu kini dikaji oleh sekumpulan pakar bagi menentukan sama ada ia benar atau palsu.

Menurut satu kenyataan rasmi, sekumpulan pasukan yang melibatkan ahli biologi terkenal dan penyelam akan tiba di Sydney untuk menyiasat raksasa itu.

Polis di negeri New South Wales turut membatalkan semua perkhidmatan feri dan pelayaran kapal pesiaran buat sementara waktu.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak belayar atau menaiki bot mewah di pelabuhan ini.

Raksasa itu mempunyai leher yang panjang seperti kelibat raksasa di Loch Ness di Scotland.

Photobucket
SUMBER | kosmo online
Adbox